Image

SALAM semua.. aku baru cuti sem dan sekarang berada dkt Langkawi. Dah sebulan aku tak update blog sebab buat preparation for final.Aku pelajar undang2.. kepala kena ingat akta2 dan kes2 jahanam lagi memalukan… misalnya dlm kes Alang Kangkong bin Kulop Berahim dimana dorang ni buat perjanjian kalau anak dorg jadi kawin, defendant akan bayar seratos kat plaintiff , kalau tak jadi kawen Plaintif kena bayar 2 ratos kat defendant.. so anak dorg tak jadi kawen dan defendant tuntut RM 200 tersebut maka mahkamah memutuskan perjanjian ni tak soh!! sbb salahi moral dan bla2.. Ada 50 kes lg kena hafal.. so aku mmg berpuasa blog.. Demi menyahut cabaran 1Malaysia aku akan updatekan blog ni selalu sepanjang cuti sebulan lebih ni.. (najib) SATU??? (rakyat) MALAYSIA!!!!.. (najib) SATU??? (anwar) MALAYSIA!!!.. (najib)???? (anwar) hahahahah!!!!

PERAYAAN KAUM CINA DI MALAYSIA

Pagi tadi semasa mengemaskan gambar dalam folder saya ternampak gambar kuih bulan yang menyelerakan. Saya terus teringatkan fail kertaskerja Islamic Studies yang baru disiapkan. Ia bertemakan hubungan kaum antara etnik di Malaysia. Kami (satu kumpulan) bernasib baik kerana dapat tajuk perayaan kaum-kaum di Malaysia. Tajuk yang bagi saya akan menarik perhatian pelajar pada sesi pembentangan yang membosankan. Kami membahagikan tugasan dan saya mendapat perayaan kaum cina. Satu bonus!. Saya sangat meminati budaya kaum cina seperti minum teh, makan besar bersama keluarga dan tradisi kesihatan mereka. Dibawah ini saya “copy paste” dari kerja khusus saya. Agak panjang tapi saya yakin berbaloi untuk dibaca..

Masyarakat yang maju adalah masyarakat yang mampu berdaya saing. Di Negara Malaysia, perlembagaan telah menetapkan garis panduan yang menekankan hak-hak asasi setiap bangsa- bangsa Malaysia yang diakui sendiri serta dinilai positif oleh warga global. Masyarakat Cina di Malaysia menjalani kehidupan yang tenteram bersama kaum- kaum yang lain. Setiap perayaan yang disambut bangsa Cina juga diterima baik oleh segenap golongan masyarakat berbilang kaum sama ada Melayu, India, Singh dan lain-lain.

Sejarah kemasukan orang Cina ke Malaysia boleh dibahagikan kepada dua peringkat. Peringkat  pertama ialah kedatangan orang Cina ke Kepulauan Melayu pada abad ke-5 Masihi untuk tujuan perdagangan serta pendidikan (modul hubungan etnik) dan peringkat kedua kemasukan pada abad ke-19 dan 20 sebagai buruh lombong bijih timah sewaktu penjajahan British (the malaysian chinese). Meskipun mengharungan pelbagai revolusi dalam pembangunan Negara Malaysia, bangsa Cina masih mengekalkan adat-adat tradisional yang diwarisi dari negara asal.

Terdapat pelbagai adat dan budaya tradisional orang Cina yang masih diamalkan di negara kita. Antara adat dan budaya tradisional yang paling terkenal di Malaysia ialah adat perayaan. Bangsa Cina meraikan beberapa jenis perayaan dan setiap perayaan ini mempunyai sejarah serta nilai yang tersendiri. Perayaan tersebut antaranya termasuklah Tahun Baru Cina, Pesta Tanglung dan Perayaan Kuih Bulan.

Perayaan Tahun Baru Cina atau dalam sebutan bahasa cina ialah Gong Xi Fa Cai disambut meriah oleh segenap lapisan masyarakat berbangsa Cina di Malaysia. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang paling penting bagi orang Cina. Setiap tahun, kerajaan serta badan-badan bukan kerajaan bekerjasama dalam memeriahkan serta melancarkan sambutan yang diadakan di setiap negeri. Pada sambutan Tahun Baru Cina, masyarakat Cina akan merayakannya dengan pelbagai aturcara. Bagi ahli keluarga, sanak- saudara serta sahabat handai, mereka akan bertukar- tukar hadiah sesama mereka.(spectrum of chinese culture). Kebanyakkan daripada keluarga- keluarga Cina akan menjadikan makanan berunsur sayuran sebagai juadah pertama pada hari permulaan Tahun Baru Cina. Memakan juadah berasaskan daging dianggap mengambil nyawa hidupan lain dan bagi mereka ia dikira perlakuan yang tidak elok dilakukan pada awal tahun. (spectrum of chinese culture). Pada sambutan ini juga, hari pertama dikhususkan untuk mengunjungi keluarga dan sanak-saudara. Golongan muda berperanan dalam kunjung-mengunjung manakala golongan tua pula mereka bersedia menerima kunjungan dari ahli keluarga mereka.

Angpau ialah istilah yang digunapakai di Malaysia yang merujuk kepada sampul merah yang diisikan dengan sejumlah wang. Namun sebutan yang asalnya ialah Hong Bao. Angpao diberikan kepada generasi muda seperti kanak-kanak dan remaja. Orang yang telah berkahwin akan memberikannya kepada orang yang masih bujang dan angpau juga diberikan kepada seseorang yang masih tidak bekerja. Penggunaan angpao ini telah diimplikasikan dalam perayaan Hari Raya Aildilfitri menerusi penggunaan sampul dalam pemberian wang yang disebut “duit raya”. Sebelum penggunaan sampul duit, masyarakat melayu terdahulu menghulurkan wang secara terus.. Warna merah pada “hong bao” melambangkan tuah manakala jumlah wang yang terkandung dalamnya  selalunya bermula dengan angka genap kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang yang diberikan ketika majlis pengebumian (wikipedia).

Hari Tahun Baru Cina disambut selama 15 hari. Dalam jangkamasa ini, orang Cina akan melawat ahli keluarga mereka serta sahabat handai. Berdasarkan adat resam serta budaya orang Cina, pada hari ke-15 Tahun Baru Cina, iaitu pada Cap Goh Mei, pelbagai aktiviti sambutan yang menarik akan diadakan. Masyarakat Cina mempunyai budaya yang unik dalam menyambut perayaan Cap Goh Mei.

Cap Goh Mei, yang dikenali juga sebagai “Pesta Tanglung” merupakan malam pertama bulan purnama selepas Tahun Baru China. Pada malam tersebut, tanglung berwarna-warni akan dinyalakan bertujuan untuk memeriahkan lagi sambutan yang diadakan. Pada hari terakhir sambutan Cap Goh Mei, mereka akan “makan besar” bersama keluarga untuk sekali lagi. Kediaman mereka akan berhias indah dengan tanglung dan tanglung juga kadangkala dinyalakan. (spectrum of chinese culture) Adat tradisional warga Cina seperti membakar mercun ketika perayaan adalah mengikut kepercayaan mitos bertujuan menghalau makhluk jahat yang kejam dan dikatakan takut dengan bunyi bising yang dihasilkan. Namun, aktiviti membakar mercun adalah dilarang oleh kerajaan Malaysia.( Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991)

Perayaan Kuih Bulan, juga disebut sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 pada kalendar Cina iaitu sekitar penghujung bulan Ogos hingga akhir bulan September. Sejarah sambutan perayaan ini bermula sebagai menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajahan Mongol pada akhir pemerintahan Dinasti Yuan (wikipedia). Perayaan Kuih Bulan sering dikaitkan dengan Cap Goh Meh, namun kedua-dua perayaan ini adalah berbeza. Menurut mitos, Perayaan Kuih Bulan berkait dengan legenda-legenda bagi Chang E, iaitu mitos dewi bulan. Menurut “Li-Ji”, sebuah buku Cina kuno, ia menceritakan kisah di mana Maharaja Cina harus tawarkan pengorbanan untuk matahari pada musim bunga dan bulan pada musim luruh (wikipedia). Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, sambutan ini juga disambut bersama-sama dengan membeli kuih bulan yang mudah terdapat di pasaran. Masyarakat beragama Islam di negara ini juga berpeluang merasai sendiri kuih bulan ini kerana terdapat ramai pengeluaran tempatan yang memasarkan produk Kuih Bulan yang halal dan secara tidak langsung dapat menyelami budaya masyarakat Cina dan membentuk rasa keharmonian dalam kalangan kaum yang berbilang bangsa.

Dalam menzahirkan sebuah negara perpaduan, masyarakat Malaysia yang berbilang kaum secara terbuka menerima, mengkaji, malah bersama-sama merayakan sambutan sesebuah perayaan dengan cara yang tersendiri. Perayaan kaum Cina ini disambut oleh segenap lapisan masyarakat tanpa berbilang kaum dan penuh integrity. Walaupun berlainan agama namun rakyat Malaysia tetap hidup dalam keadaan yang harmoni berprinsipkan Rukun Negara yang luhur demi menyahut seruan “1 Malaysia” dari kerajaan.

Jeli Buah Naga

Inti kacang merah..Inti kacang hijau

AUTOPSI SEEKOR DUYUNG

Dalam Majalah Reader’s Digest, mereka ada memaparkan kisah seorang pengembara laut yang mengembara lautan bersendirian. Dalam artikel itu dia menceritakan bagaimana dia mengharungi ribut yang dasyat serta ombak besar yang hampir-hampir saja mengorbankan nyawanya. Apa yang menarik, beliau menceritakan kisah seekor burung besar yang aneh sering menghampiri botnya. Di tengah lautan dalam tiada siapa yang tahu rahsia kehidupan disana. Saya percaya terdapat beratus-ratus haiwan misteri yang masih hidup di tengah-tengah lautan dalam. Tun Dr Mahathir sendiri menasihatkan azhar mansor supaya merahsiakan saja apa yang beliau lihat sepanjang pengembaraan beliau di lautan supaya tidak menjejaskan semangat anak Malaysia yang lain bagi meneruskan kecemerlangan mengharumkan nama negara. Apapun iman nak amal peru dibekalkan sebaik-baiknya supaya tidak terpesong akidah. Supaya tidak murtad! Bagaimana seorang yang berpengaruh terpedaya dengan syaitan yang mengaku sebagai Isa ketika ditengah lautan yang dikatakan telah berjalan dalam air dan menyelamatkan nyawanya. Anda pasti tahu tentang siapa saya bercakap. Gambar di bawah hanyalah seni humour gambaran autopsi seekor (seorang?) duyung.. Kalau lelaki pula?

GAMBAR TUAN GURU DAN ISTERI

Perkahwinan yang bahagia tidak memerlukan duit yang melimpah-ruah, tak perlu rumah yang besar, tidak perlu menghabiskan duit membuat implan bagi tampak muda. Kecantikkan datang dari hati. Saya tak menentang poligami tetapi menentang lelaki yang tak mampu tapi berpoligami. Maka jadilah kes-kes anak diabaikan, isteri dibelasah, harta pusaka direbut. Semua ini berlaku kerana ketidakadilan sang suami terhadap isteri-isteri mereka. Sebelum berpoligami mestilah dahulu memperkuatkan struktur iman, taraf ekonomi dan anak-anak supaya tak menyakitkan mana-mana pihak. Contohilah ustaz Kazim Elias.. Walaupun berpoligami, keluarga masih bahagia.  Saya amat tertarik dengan satu gambar yang mungkin menimbulkan perasaan kurang senang terhadap sesetangah orang. Apa yang penting, setiap pasangan harus memainkan peranan dalam keluarga dan saling memahami. Maka tak akan timbul perasaan benci bila tua. Contohi mereka berdua.

KOMPUTER ZAMAN BATU

Masih ingat masa budak-budak dulu ayah belikan sebuah PC Atari.. Ketagih main game helikopter guna joystick. Dulu benda macam ni dikira sangat-sangat canggih. Joystick dianggap masa depan walaupun keras dan susah nak digerakkan. Game masa tu disimpan dalam disket. Disket bagi saya adalah sesuatu yang sangat-sangat kool. Sebab mudah nak simpan, boleh lekat stiker cantik, dan siap sekali dengan stiker nama. Tapi kelemahan paling besar tak mampu simpan walaupun sebuah lagu. Apapun saya masih peminat komputer-komputer lama macam ni. Harap dapat satu.

“dua tempat disket!!”

”game chess berwarna!”

“skrin warna!”

ADA BETULNYA APA YANG LEE KUAN YEW KATA..

ADA BEBERAPA PERKARA YANG SAYA SETUJU;
1. Melayu terlalu mengagung2kan bangsa.
2. Sehingga takut untuk kedepan.
3. Pemimpin pula bagi sogokan, ugutan kononnya kedaulatan kaum akan terancam.
4. Seakan-akan satu agama baru.
5. Melayu menjadi malas kerana rasa selamat.
DAN PERSOALAN YANG PERLU ANDA JAWAB
1. Adakah, bangsa lain selain Melayu sanggup mengangkat senjata bila berlaku peperangan kelak??    Sanggupkah mereka menghunus parang mempertahankan tanah air..?
2. Sanggupkah bangsa lain menggadaikan rantai emas, menjual lot kedai demi membantu memperjuangkan kemerdekaan sepertimana berlaku sebelum merdeka?
3. Adakah konflik ini akan membawa kepada deretan kelompok yang beratur membeli tiket penerbangan ke luar negara.
4. Dan yang paling penting adakah saya, penulis.. akan disaman kerana mengeluarkan statement ini??

LUNCH BAGS YANG KREATIF

Cute, honest.. untuk budak-budak yang baik.

Anti-Theft Lunch Bags Notebook Lunch Bag  Fred and Friends Lunch Bags