gambar klasik pembinaan Statute of Liberty..

Semalam saya berjaga semalaman menghabiskan ulangkaji subjek CTU.. Menariknya dalam buku itu diceritakan sejarah awal pembentukan negara Malaysia… Bagaimana Tan Cheng Lock berkolaborasi bersama Tunku Abdul Rahman dalam pilihanraya MCA-UMNO pertama. Saya sangat kagum dengan kebijaksanaan Tunku dalam menyatukan kaum-kaum ketika dalam keadaan yang menyamai konflik Somalia. 200 nyawa terkorban dalam tragedi 16 mei 1969. Menurut datuk saya, ketika keadaan darurat ramai dalam kalangan pemuda Melayu mengambil pendekatan mempelajari ilmu persilatan.. Persilatan yang abnormal.. Saya katakan abnormal merujuk kepada kebolehan pesilat untuk melompat setinggi pokok, tikam tak lut, dan cerita mengenai parang terbang. Benar, kesabaran bangsa Melayu sangat-sangat tercabar ketika itu.. Bagi menghilangkan rasa mengantuk yang sangat, saya cuba search internet mencari gambar-gambar lama. Zaman pasca merdeka. Namun tertarik pula dengan gambar lama pembikinan Statute liberty . Saya terasa hairan, gambar diambil seawal 1880- an.. Begitu ketara perbezaan ekonomi antara kita (tanah melayu) dengan negara-negara barat. Selepas 466 tahun dijajah, apa yang tersisa hanyalah kemusnahan sosiologi, intelectual dan ekonomi. Saya masih ingat lagi kata-kata Allahyarham Ghafar Baba didalam buku beliau, mengenai sikap segelintir orang Melayu pada ketika itu takut untuk merdeka.. kerana mereka bimbang tak akan maju. Apapun, kita sepatutnya bersyukur diperintah oleh para pemimpin  yang walaupun berlainan fahaman politik namun masih sanggup duduk semeja membincangkan hal-ehwal bangsa Melayu..

(BACA SEJARAH STATUTE OF LIBERTY).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: