Nik Aziz Kafirkan Umno

Menurut lecturer aku yg bernama shah.. graduate dari australia dan pegang gelaran doktor, orang melayu ni kadang2 mudah sangat terasa. tak open-minded dan tak berdya saing. we cant accept and changes in ourlives.  dia menyokong LGBT, me’legalized’kan murtad dll.. aku ada yg setuju dn ada yg menentang but just diamkan diri. kadang2 masuk akal jugak. kes dekat terengganu dulu bila pas menang trus robohkan arca penyu yg jadi simbolik. why do that? dia tanya.. aku pun sebenarnya setuju ngan shah ni.. sebab menurut ustaz azhar idrus its ok, as long as kitak tak jaga berhala tu leklok, letak kat luar, tak sembah.. it just ok. Tapi tak semua pas se”hardcore” itu. ustaz azizan contohnya tak robohkan pun patung gergasi helang yg kat dataran merdeka langkawi. cara pemerintahan yg berbeza dan lebih baik. bagaimana lak ngan title di atas?? boleh tak mengkafirkan org lain. menurut pakcik aku yg selalu dgr ceramah n baca kitab as well as tabligh ni, bboleh… sebab nak sedarkan org tu  yg apa dia buat tu salah..     wallahualam..

Repeat Paper Contract

Salam semua… yes, im the repeaters.. tahun ni terpaksa ambik intersesi sebab failed contract.. im ok if i deserved to but in this situation i strongly believed that im ones of her victims. carrymark 19.5/30% and tambah final aku dapat D solid.. kalau ikot gred dan pemarkahan its mean untuk final paper yakni 70%  aku just dapat dlm 10% per 100%.. i had answered all the question.. memang ada soalan yang tak sure jawapan dan ada yang tak tau langsung. but then aku jawab semua. Just 2,3 soalan pat A (each 5mark) yg tak tau nak jwb but i tried. Macamna pulak aku dapat 10%?? wheres 90%.. actually aku dh apply untuk recheck but then result still sama cm membe2 aku yg lain. sikit pn x tukar. but then baru dpt tau yg lecturer yg recheck tu bestfriend lecturer aku yg pro failed-kan student. which means ada bias yg terang2 kat situ.. i really sad coz terpaksa ambik intersesi bulan ramadhan.. ANYWAY i’ll try my best

THE CHAOS OF BABY..

When people described about baby my first impression would look like PEMUDA UMNO LUDAH MAHASISWA’S FACE…  i dont have any issue with my youngest brother age 2 years old.. coz when his babyhood he dont burst much chaos.. chaos in term of crying like hell, pukes, crying again and poops.. thats one of the reason i loved him soo much.. but this time my sympathetic sense cannot longer withstand  the mega-what-the-heaven-crying-marathon (MWTHCM).. this is from my very first nephew. He lived in our house and i think his 3month old now.. First week i can stand and manage to treat him a milk when he start that MWTHCM but this happened everyday!! i cannot sleep very well and stressed-as-hell (SAH).. can u imagined when he start crying there is no increasing volume, i meant not from slow to high pitch but instantly and amazingly start with ”AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!” he cried like suffered from something but when feed him with bottled milk he immediately calm and rest.. Im not a good uncle at all you know.. But from day to day till this morning i took the responsibility in treat him during the midnight and early morning and learned to make a bby’s MWTHCM milk . Just 5-simple steps.. 1, clean that tiny bottle. 2, put about 3 teaspoon of baby milk powder. 3, put a water on it until 2/3.. 4, shake it like shakira (enjoyed it so much) then 5, feed him!!.. Arghh, felt sleepy right now. just wanna take a nap.. peace ya!

BAUCER BUKU 1MALAYSIA..

Salam, masa tengah ambik minggu final pelajar UiTM dikejutkan dengan sinaran cahaya kebaikan dari kerajaan yang berbau pilihanraya.. apapun aku rasa hilang beban. You know that we, law student require a lot of books to excel in our chapter? contohnya Malaysian Legal System sem 2 lepas perlukan 5 buah buku untuk complete sukatan.. each one not less than RM 80 not including AKTA..ada buku tu kecik je tapi harga RM 200… so kalau semua beli ori anggaran RM1K.. just for book.. aku tak perbesarkan masalah ni coz ramai student 99.9% of them including me pakai photostat je.. but somehow aku terdapat hidayah yang copy2 ni tak baik dan tak berkat.. cuba bayangkan kalau bapak aku yang buat buku tu.. terpaksa berjaga malam berbulan2 nak siapkan then ko pegi kedai kat seksyen 2 copy 3buah balik singgah slurpee kat 7ELEVEN… cam tahi kan… so thats y dengan terpancarnya baucar ni maka cerialah muka aku yang selalu gak serius.. Terima Kasih Najib

Justin Trolol

EVERYBODY HATE JUSTIN

Invention rokok yang aneh

isap 20 btg rokok serentak?? apa ketahian ini?? wahai PEMUDA??

isap rokok laki-bini?? kongsi kanser peparu??

Minda mmenentukan kejayaan..

Sebelum ni result test or exam selalu hampeh… especially law.. i donno why. Selalu ke library dan study. kekadang nescafe jadi peneman marathon study 24 jam (selain soulstorm). Aku selalu rasa yang aku ni xpandai. aku study just xnak bagi fail. but at last my result among the lowest or middlesome.. aku terfikir dan pernah giveup dlm law ni coz sangka otak seni tak mampu terima benda law yg seriusly hitam putih SAHAJA.. you guys try bukak buku law dan sediakan besen coz akan termuntah kerana kebosanan serta akta2 yang menjahanamkan rohani dan spiritual.. dan aku jugak rasakan law ni lebih teruk dan hina dari LUDAH MAHASISWA OLEH PEMUDA… then suatu petang yg damai aku terbeli buku motivasi dari DR HM TUAH… baca dalam tu PAAAAPPP!!! kena kat muka aku… apa yg dia tulis seriusly terjadik kat aku… yakni aku takyakin diri dan terfikirkan fail fail fail sampai membuatkan minda bawak aku ke arah apa yg aku sebut dan fikirkan.. So, pendek katak aku akan berubah ke sudut positif… fikirkan suatu hari nati aku akan jadi peguam yang terbaik… aku jugak berhajat pegang jawatan tinggi kat KLCC. dengan baju kot yg mahal pergi kerja naik MUSTANG.. dan aku setkan keinginan ni baik2 dalam otak.. Aku akan berusaha bermati2an kearah tu.. harap usaha aku akan berjaya…AMIN..

Image

SALAM semua.. aku baru cuti sem dan sekarang berada dkt Langkawi. Dah sebulan aku tak update blog sebab buat preparation for final.Aku pelajar undang2.. kepala kena ingat akta2 dan kes2 jahanam lagi memalukan… misalnya dlm kes Alang Kangkong bin Kulop Berahim dimana dorang ni buat perjanjian kalau anak dorg jadi kawin, defendant akan bayar seratos kat plaintiff , kalau tak jadi kawen Plaintif kena bayar 2 ratos kat defendant.. so anak dorg tak jadi kawen dan defendant tuntut RM 200 tersebut maka mahkamah memutuskan perjanjian ni tak soh!! sbb salahi moral dan bla2.. Ada 50 kes lg kena hafal.. so aku mmg berpuasa blog.. Demi menyahut cabaran 1Malaysia aku akan updatekan blog ni selalu sepanjang cuti sebulan lebih ni.. (najib) SATU??? (rakyat) MALAYSIA!!!!.. (najib) SATU??? (anwar) MALAYSIA!!!.. (najib)???? (anwar) hahahahah!!!!

PERAYAAN KAUM CINA DI MALAYSIA

Pagi tadi semasa mengemaskan gambar dalam folder saya ternampak gambar kuih bulan yang menyelerakan. Saya terus teringatkan fail kertaskerja Islamic Studies yang baru disiapkan. Ia bertemakan hubungan kaum antara etnik di Malaysia. Kami (satu kumpulan) bernasib baik kerana dapat tajuk perayaan kaum-kaum di Malaysia. Tajuk yang bagi saya akan menarik perhatian pelajar pada sesi pembentangan yang membosankan. Kami membahagikan tugasan dan saya mendapat perayaan kaum cina. Satu bonus!. Saya sangat meminati budaya kaum cina seperti minum teh, makan besar bersama keluarga dan tradisi kesihatan mereka. Dibawah ini saya “copy paste” dari kerja khusus saya. Agak panjang tapi saya yakin berbaloi untuk dibaca..

Masyarakat yang maju adalah masyarakat yang mampu berdaya saing. Di Negara Malaysia, perlembagaan telah menetapkan garis panduan yang menekankan hak-hak asasi setiap bangsa- bangsa Malaysia yang diakui sendiri serta dinilai positif oleh warga global. Masyarakat Cina di Malaysia menjalani kehidupan yang tenteram bersama kaum- kaum yang lain. Setiap perayaan yang disambut bangsa Cina juga diterima baik oleh segenap golongan masyarakat berbilang kaum sama ada Melayu, India, Singh dan lain-lain.

Sejarah kemasukan orang Cina ke Malaysia boleh dibahagikan kepada dua peringkat. Peringkat  pertama ialah kedatangan orang Cina ke Kepulauan Melayu pada abad ke-5 Masihi untuk tujuan perdagangan serta pendidikan (modul hubungan etnik) dan peringkat kedua kemasukan pada abad ke-19 dan 20 sebagai buruh lombong bijih timah sewaktu penjajahan British (the malaysian chinese). Meskipun mengharungan pelbagai revolusi dalam pembangunan Negara Malaysia, bangsa Cina masih mengekalkan adat-adat tradisional yang diwarisi dari negara asal.

Terdapat pelbagai adat dan budaya tradisional orang Cina yang masih diamalkan di negara kita. Antara adat dan budaya tradisional yang paling terkenal di Malaysia ialah adat perayaan. Bangsa Cina meraikan beberapa jenis perayaan dan setiap perayaan ini mempunyai sejarah serta nilai yang tersendiri. Perayaan tersebut antaranya termasuklah Tahun Baru Cina, Pesta Tanglung dan Perayaan Kuih Bulan.

Perayaan Tahun Baru Cina atau dalam sebutan bahasa cina ialah Gong Xi Fa Cai disambut meriah oleh segenap lapisan masyarakat berbangsa Cina di Malaysia. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang paling penting bagi orang Cina. Setiap tahun, kerajaan serta badan-badan bukan kerajaan bekerjasama dalam memeriahkan serta melancarkan sambutan yang diadakan di setiap negeri. Pada sambutan Tahun Baru Cina, masyarakat Cina akan merayakannya dengan pelbagai aturcara. Bagi ahli keluarga, sanak- saudara serta sahabat handai, mereka akan bertukar- tukar hadiah sesama mereka.(spectrum of chinese culture). Kebanyakkan daripada keluarga- keluarga Cina akan menjadikan makanan berunsur sayuran sebagai juadah pertama pada hari permulaan Tahun Baru Cina. Memakan juadah berasaskan daging dianggap mengambil nyawa hidupan lain dan bagi mereka ia dikira perlakuan yang tidak elok dilakukan pada awal tahun. (spectrum of chinese culture). Pada sambutan ini juga, hari pertama dikhususkan untuk mengunjungi keluarga dan sanak-saudara. Golongan muda berperanan dalam kunjung-mengunjung manakala golongan tua pula mereka bersedia menerima kunjungan dari ahli keluarga mereka.

Angpau ialah istilah yang digunapakai di Malaysia yang merujuk kepada sampul merah yang diisikan dengan sejumlah wang. Namun sebutan yang asalnya ialah Hong Bao. Angpao diberikan kepada generasi muda seperti kanak-kanak dan remaja. Orang yang telah berkahwin akan memberikannya kepada orang yang masih bujang dan angpau juga diberikan kepada seseorang yang masih tidak bekerja. Penggunaan angpao ini telah diimplikasikan dalam perayaan Hari Raya Aildilfitri menerusi penggunaan sampul dalam pemberian wang yang disebut “duit raya”. Sebelum penggunaan sampul duit, masyarakat melayu terdahulu menghulurkan wang secara terus.. Warna merah pada “hong bao” melambangkan tuah manakala jumlah wang yang terkandung dalamnya  selalunya bermula dengan angka genap kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang yang diberikan ketika majlis pengebumian (wikipedia).

Hari Tahun Baru Cina disambut selama 15 hari. Dalam jangkamasa ini, orang Cina akan melawat ahli keluarga mereka serta sahabat handai. Berdasarkan adat resam serta budaya orang Cina, pada hari ke-15 Tahun Baru Cina, iaitu pada Cap Goh Mei, pelbagai aktiviti sambutan yang menarik akan diadakan. Masyarakat Cina mempunyai budaya yang unik dalam menyambut perayaan Cap Goh Mei.

Cap Goh Mei, yang dikenali juga sebagai “Pesta Tanglung” merupakan malam pertama bulan purnama selepas Tahun Baru China. Pada malam tersebut, tanglung berwarna-warni akan dinyalakan bertujuan untuk memeriahkan lagi sambutan yang diadakan. Pada hari terakhir sambutan Cap Goh Mei, mereka akan “makan besar” bersama keluarga untuk sekali lagi. Kediaman mereka akan berhias indah dengan tanglung dan tanglung juga kadangkala dinyalakan. (spectrum of chinese culture) Adat tradisional warga Cina seperti membakar mercun ketika perayaan adalah mengikut kepercayaan mitos bertujuan menghalau makhluk jahat yang kejam dan dikatakan takut dengan bunyi bising yang dihasilkan. Namun, aktiviti membakar mercun adalah dilarang oleh kerajaan Malaysia.( Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991)

Perayaan Kuih Bulan, juga disebut sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 pada kalendar Cina iaitu sekitar penghujung bulan Ogos hingga akhir bulan September. Sejarah sambutan perayaan ini bermula sebagai menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajahan Mongol pada akhir pemerintahan Dinasti Yuan (wikipedia). Perayaan Kuih Bulan sering dikaitkan dengan Cap Goh Meh, namun kedua-dua perayaan ini adalah berbeza. Menurut mitos, Perayaan Kuih Bulan berkait dengan legenda-legenda bagi Chang E, iaitu mitos dewi bulan. Menurut “Li-Ji”, sebuah buku Cina kuno, ia menceritakan kisah di mana Maharaja Cina harus tawarkan pengorbanan untuk matahari pada musim bunga dan bulan pada musim luruh (wikipedia). Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, sambutan ini juga disambut bersama-sama dengan membeli kuih bulan yang mudah terdapat di pasaran. Masyarakat beragama Islam di negara ini juga berpeluang merasai sendiri kuih bulan ini kerana terdapat ramai pengeluaran tempatan yang memasarkan produk Kuih Bulan yang halal dan secara tidak langsung dapat menyelami budaya masyarakat Cina dan membentuk rasa keharmonian dalam kalangan kaum yang berbilang bangsa.

Dalam menzahirkan sebuah negara perpaduan, masyarakat Malaysia yang berbilang kaum secara terbuka menerima, mengkaji, malah bersama-sama merayakan sambutan sesebuah perayaan dengan cara yang tersendiri. Perayaan kaum Cina ini disambut oleh segenap lapisan masyarakat tanpa berbilang kaum dan penuh integrity. Walaupun berlainan agama namun rakyat Malaysia tetap hidup dalam keadaan yang harmoni berprinsipkan Rukun Negara yang luhur demi menyahut seruan “1 Malaysia” dari kerajaan.

Jeli Buah Naga

Inti kacang merah..Inti kacang hijau

AUTOPSI SEEKOR DUYUNG

Dalam Majalah Reader’s Digest, mereka ada memaparkan kisah seorang pengembara laut yang mengembara lautan bersendirian. Dalam artikel itu dia menceritakan bagaimana dia mengharungi ribut yang dasyat serta ombak besar yang hampir-hampir saja mengorbankan nyawanya. Apa yang menarik, beliau menceritakan kisah seekor burung besar yang aneh sering menghampiri botnya. Di tengah lautan dalam tiada siapa yang tahu rahsia kehidupan disana. Saya percaya terdapat beratus-ratus haiwan misteri yang masih hidup di tengah-tengah lautan dalam. Tun Dr Mahathir sendiri menasihatkan azhar mansor supaya merahsiakan saja apa yang beliau lihat sepanjang pengembaraan beliau di lautan supaya tidak menjejaskan semangat anak Malaysia yang lain bagi meneruskan kecemerlangan mengharumkan nama negara. Apapun iman nak amal peru dibekalkan sebaik-baiknya supaya tidak terpesong akidah. Supaya tidak murtad! Bagaimana seorang yang berpengaruh terpedaya dengan syaitan yang mengaku sebagai Isa ketika ditengah lautan yang dikatakan telah berjalan dalam air dan menyelamatkan nyawanya. Anda pasti tahu tentang siapa saya bercakap. Gambar di bawah hanyalah seni humour gambaran autopsi seekor (seorang?) duyung.. Kalau lelaki pula?